Sunday, December 11, 2011

Syarif Muhammad Al-Baghdadi


Enam bulan sebelum pemergian ayahanda tercinta, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama dengannya. Terlalu banyak dia bercerita mengenai sejarah keluarga ku. Semua dokumen-dokumen mengenai sejarah keluarga disusun rapi sambil berpesan pada ku supaya aku menulis mengenai sejarah keluarga kami. Setelah dia kembali kepada Allah pada akhir Mei 2011, aku telah kehilangan sumber rujukan utama mengenai sejarah keluarga. Semua ahli keluarga iaitu adik beradiknya juga telah tiada untuk aku membuat rujukan. Tetapi bila mengenangkan janji ku padanya, aku telah berusaha mencari maklumat melalui sumber-sumber lain.

Syarif Muhammad Al-Baghdadi merupakan seorang pendakwah yang berasal dari Baghdad, Iraq. Setelah berlaku suatu peristiwa di Baghdad, beliau telah membawa diri ke Mekah. Daripada Mekah, beliau ke Hadhramaut, Yamen. Syarif Muhammad kemudian tiba di Hulu Terengganu pada pertengahan abad ke 15M. Beliau kemudiannya menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk setempat dan terus menetap disana. Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Batu Belah, Hulu Terengganu. Makam tersebut terletak di tebing sebelah kiri sungai mengarah ke Empangan Kenyir. Kedudukan makam tidak jauh bersetentangan dengan kedudukan batu belah yang terdapat sungai tersebut. Tugas-tugas dakwah telah diteruskan oleh anaknya Syarif Abdul Qahhar.

Syarif Abdul Qahhar mempunyai dua orang anak iaitu Abdullah dan Ismail. Setelah beliau pula meninggal dan dimakamkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu, anaknya Syarif Abdullah telah meneruskan usaha dakwah disekitar Hulu Terengganu. Ismail juga merupakan pendakwah tetapi lebih gemar mengembara dan berniaga sehinggalah ke Jawa, Indonesia. Penduduk Terengganu pada masa itu telah mempunyai kemahiran membina kapal-kapal besar yang digunakan untuk perdagangan ke negara-negara seperti Campa (Kemboja) dan Jawa.

Syarif Abdullah mempunyai empat orang anak iaitu tiga orang perempuan yang hanya dikenali sebagai Biyah, Bidah dan Bidatah serta mempunyai seorang anak lelaki iaitu Abdul Malik yang kemudiannya dikenali sebagai Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis seorang ulama Islam yang berwibawa. Di dalam salasilah keluarga tiada sebarang maklumat mengenai ketiga-tiga anak perempuan Syarif Abdullah. Tetapi hati kecil aku berkata mungkin mereka juga mempunyai sejarah keluarga masing-masing dan besar kemungkinan warisan keluarga berada disekitar Hulu Terengganu. Syarif Abdullah juga meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu.

Kuala Terengganu.

14 Muharram 1433/ 11 Disember 2011

42 comments:

  1. Salam, that means we are from the very same tribe.
    Saya keturunan Muhammad al-baghdadi yang membawa diri ke Kelantan.
    -Sirat Mustaqim-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sirot boleh x bagi jalur salasilah sbb jalur kelantan ni mungkin jalur dr patani dr muhammad jalalullah sdr kpd and qahar

      Delete
  2. Sirot: Alhamdullillah akhirnya dapat berjumpa waris Syarif Muhammad yang berhijrah ke Kelantan. Jika saudara/saudari adalah sepupu dari cikgu najib bermakna saudara/saudari adalah dari Sheikh Hassan iaitu cucu kepada Syeikh Abdul Malik.

    Adisarwajagat: Mudah2an dengan blog ini saya dapat berjumpa lebih ramai waris-waris Syarif Muhammad Al-Baghdadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk maklumat lagi.. boleh lah berhubung dengan encik hashim b skikh ab kadir.. penaung Pertubuhan Keturunan Sharif Hassan Kelantan (PKSHK).. hashim.shikh@moha.gov.my

      Delete
  3. assalamu'alikum

    nama saya ayus .... saya asli dari loloan
    tentang datok ya'qub yang konon di makam kan di daerah saya ...itu sudah mulai menjumpai titik terang ... oh ya ada suatu makam di daerah saya itu bernama BUYUT LEBAI... apakah sebutan lebai sama dengan yang anda sebutkan di dalam postingan anda terdahulu..??

    ReplyDelete
  4. Salam, Ayus! dalam bahasa Malaysia, lebai bermaksud orang yang sangat patuh pada agama islam. Dalam keluarga yang terdahulu ramai juga yang menggunakan lebai dihadapan nama mereka

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum cikgu, boleh saya tahu bagaimana susur galur keturunan cikgu bermula dari syarif muhammad al baghdadi?

    saya juga berketurunan syarif muhammad al baghdadi.

    syarif muhammad al baghdadi -> abdullah -> sulaih -> umar, ali, yusuf, haji musa -> hajah aminah zaharah (tok mek/moyang saya) -> fauziah (ummi/ ibu saya) -> saya.

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulliah kerana dapat berjumpa seorang lagi waris Syarif Muhammad. Sebenarnya ayah dan ibu saya berasal dari Syarif Muhammad begitu juga dengan ayah dan ibu kepada ayah saya. Disini saya berikan salasilah keluarga dari sebelah ayah dan nenek sebelah ayah. Bermula dari Syarif muhammad al baghdadi -> Abdul qahar ->Abdullah-> Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau manis) -> Badruddin -> Isa (Lebai Isa - Tasik) -> Abdul Malik -> Qadi Muhammad -> Musa -> Asiah @ Endut -> Mahmood - > Muslimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nama ibu kpd asiah. Adakh nama fatimah. Tk

      Delete
    2. Ibu kepada Asiah@ Endut adalah Aminah. Aminah pula adalah anak kepada Maryam yang merupakan adik bongsu Qadi Muhammad.

      Delete
  7. Assalamualaikum. Siapa lg anakw tok tasek. Adakah Ab.Rahman adik beradik dgn qadi muhammad? Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Tok Tasek adalah Lebai Isa yang merupakan cucu Tok Pulau Manis. Abdul Rahman memang adik beradik dengan Qadi Muhammad.Ada lagi empat orang adik mereka iaitu Ahmad, Abd Rahim, Abdullah dan Maryam. Mereka semua adalah cucu kepada Tok Tasik dan anak kepada Abdul Malik iaitu anak bongsu Lebai Isa

      Delete
  8. Salasilah: sarif muhd - muhd jalalulah - abdullah - abu talib - hasan - abdullah - hasan - othman ( kg paloh ) - siti soleha - che muhammad -che man - saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dari jalur berikut. Syarif Muhammad - Abdul Qahhar - Abdullah - Abdul Malik (Tok Pulau Manis) - Badaruddin - Isa (Tok Tasik) - Abdul Malik - Qadi Muhammad - Musa - Asiah@Endut - Mahmood - saya

      Delete
    2. Salam, susur galur peninggalan ayahanda saya dari jalur Muhamad Jalullah - Abdullah - Abu Talib (makam di Jeli) - Hasan - Abdullah - Abdul Rahman - Husin - Ngah - Ismail - Saya.

      Alhamdulillah dapat bertemu kaum kerabat di sini..

      Delete
  9. Jalur kedua: muhd jalalullah - andullah - abu talib - hassan - abdullah - ab hamid - abu bakar - ismail - muhammad - che man - saya
    siti soleha n ismail sepupu n mak n ayah kpd datuk saya muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah meniliti susur tuan. Tapi terhenti sehingga Che Muhammad sahaja. Jika ada kesempatan teruslah mencari waris dan menulis susur galur keluarga untuk tatapan anak cucu akan datang. Satu pesanan dari arwah ayahanda supaya tidak ada rasa bangga dan untuk menunjukkan pada orang lain tapi sekadar bersyukur kerana di lahirkan dalam keluarga ini. Al Fatihah untuk semua ahli keluarga yang telah kembali pada Allah

      Delete
  10. Ada beradik che muhammad datuk sy ni memang ramai kat kg paloh ktrg.

    ReplyDelete
  11. Semua dh meninggal. Yg ada cuvu cicit cuit mereka je. Itu pn ada yg terputus

    ReplyDelete
  12. Sikit keliru. Pd saya tok tasik tu abd malik dn isa tu tok wali tasik.

    ReplyDelete
  13. Jika kita berkunjung ke makam di tasek, ada tertulis di dinding makam "Tok Tasik" sebenar merujuk kepada Lebai Isa. Dalam makam tersebut ada kandang kecil yang menempat makam Lebai Isa dan isteri. Makam yang paling hampir dengan kandang adalah makam Abdul Malik anak Lebai Isa. Di luar kandang itu juga terdapat semua ahli waris yang terdekat termasuk nenek saya Asiah @ Endut binti Musa iaitu anaka kepada Qadi Muhammad juga datuk saya Embong bin Ismail yang juga dari susur galur yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah susur galur datuk cg:
      ,,,abdul rahman - ismail - embong

      Delete
  14. Embong berasal dari Daud iaitu adik beradik kepada Lebai Isa. Susur galurnya Embong bin Ismail bin Mohd Zain bin Abdul Kadir bin Musa bin Sulaiman bin Daud

    ReplyDelete
  15. Salam, saya berniat utk menziarahi maqam Syariff Muhammad al Baghdadi dlm masa terdekat insyaAllah. Baru perolehi maklumat terbaru yg mengatakan beliau dimaqamkan di Kg Pauh, Kuala Berang...kira2 200M drp maqam Tok Pauh. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamua'laikum, sy berminat nk tahu dimana maqam yg tuan maksdkan tu

      Delete
  16. MAKAM SHARIF MUHAMMAD AL BAGHDADI TERLETAK DI SEBERANG SUNGAI KG JENAGOR KUALA BERANG. ADA PNJAGA MAKAM DIA DI SITU DAN KENA NAIK PERAHU NAK KE SEBELAH SANA

    ReplyDelete
  17. MAKAM SHARIF MUHAMMAD AL BAGHDADI TERLETAK DI SEBERANG SUNGAI KG JENAGOR KUALA BERANG. ADA PNJAGA MAKAM DIA DI SITU DAN KENA NAIK PERAHU NAK KE SEBELAH SANA

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah bertemu dgn ayah 8 pupu dari jalur hj Hassan bin Sheikh Badruddin yg berhijrah ke Kelantan. Bunyi dengar ada keturunan Hj Muhammad bin Badruddin di Temerloh, Pahang. Manakala keturunan Abdul Rahim bin Tuan Tasek di pulau Duyong masih belum kontek. Keturunan Abdullah (Pandak) bin Idris bin Daud saya temu hari itu menjadikan saudara saya itu jarak 4 pupu sahaja. Alhamdulillahi robbil alameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum tuan, boleh tuan jelaskan pada sy tentang keturunan dari abdul rahim bin tuan tasek di pulau duyong? Sy berminat nak tahu. Terima kasih tuan

      Delete
  19. Assalamualaikum wbt. Saya pelajar tahun dua dari sebuah IPTA di Selangor. Saya sedang mengkaji tentang kedatangan Islam di Terengganu menerusi penemuan batu bersurat di Kuala Berang dan juga individu-individu yang terlibat di dalam perkembangan Islam di Negeri Terengganu. Jadi saya ingin meminta jasa baik pihak encik untuk menerangkan serba sedikit tentang susur galur keturunan Syarif Muhammad Al Baghdadi dan seterusnya. Jika tidak keberatan, encik boleh hubungi saya menerusi emel saya, biyazamri@gmail.com . Terima kasih dan maaf atas kesulitan.

    ReplyDelete
  20. Ada tak fb anak cucu syarif muhammad albaghdadi.. Klu boleh tubuhkan group fb keturunan syarif muhammad albaghdadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakad ini belum ada fb keturunan syarif muhammad albaghdadi. Kami cuma ada group media lain itu pun secara tertutup. In shaa Allah masa akan datang akan ada jika ada admin yang boleh berusaha untuk kumpulkan waris2 yang ada fb.

      Delete
  21. https://www.facebook.com/groups/358557644996379/permalink/358557654996378/

    ReplyDelete
  22. Di sana ada sebuah madrasah iaitu madrasah khairul insan... tuan ada no contact madrasah tersebut.. mihon kongsi kpd saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada no contact madrasah khairul insan di jenagor...kuala berang...-penjaga makam syariff muhammad al baghdadi....

      Delete
  23. bagaimana sy nak mengetahui lebih ilmu pengetahuan berkaitan keturunan beliau..salasilah keturunan keatas dan kebawah beliau

    ReplyDelete
  24. Assalamualakim warahmatullah tuan,
    Saya mohon sesiapa yg tahu jalur saya..
    Saya cikgu Razak - Hussein - Aman - Awang Long - Tok Said (Perang Kelang) - Ismail - Hj Dualim ( Abd Halim - Arab).
    Tok Said ada sepupu du Endau, Tok Ali.
    Anak beranak Tok Ali ada di Banggol Pradung, Manir.
    Kalau ada sesiapa yang tahu email saya ye.. sirrizq@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbkth

    Sekadar cadangan bagi yg bermunat mengkaji..

    Syarif Muhammad Al-Baghdadi berkemungkinan besar adalah Sultan Al-Muhammad Al-Mutawakkil III,
    Sultan terakhir Bani Abbassiah yang berpusat di Mesir setelah tumbangnya Bani Abassiah Baghdad di tangan Mongol.
    Dalam catatan sejarah Sultan Muhammmad telah menyerahkan kerajaannya kepada Sultan Selim dari Turki yg telah mendirikan kerajaan Usmaniyah.

    Dikatakan barang yg diserahkan adalah barang2 milik Rasulullah sebagai lambang kerajaan Islam.

    Sultan Muhammad dikatakan wafat pd tahun 1540an tetapi As-Sayuthi tidak merekodkan pengakhiran riwayat hidupnya.

    Untuk maklumat mengenai Sultan Muhammad Al-Mutawakkil III boleh lawati link di bawah :-

    https://www.mahadalyjakarta.com/al-mutawakkil-iii-pembela-ahlu-sunnah/

    https://id.m.wikipedia.org/wiki/Al-Mutawakkil_III

    ReplyDelete
  26. salam,

    sy sedang menjejaki keturunan kami bermula dari bapa kepada moyang saya , moyang saya perempuan.

    dalam pencarian itu ada saudara jauh telah menjumpai susur galur di Cirebon dan Demak Indonesia .

    Akhirnya sampai salasilah kepada nama Syarif Nurullah bin Maulana Israil Bin Sayyid Ali Nurul Alam . Syarif Nurullah ni adalah saudara kandung Sheikh Syarifuddin Hidayatullah @ Sunan Gunung Jati yg menjadi pengasas kesultanan di Cirebon .
    Melalui pembacaan saya dapati Syarif Nurullah kemungkinan adalah syarif muhammad al-baghdadi . Kami berkait dengan Syarif Nurullah melalui anaknya bernama Abdullah, mngkin lain negeri lain catatannya dan namanya .

    Mungkin boleh share siapa susur galur syarif muhammad al-baghdadi .

    jazakallah

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum! Dicadangkan ada satu group untuk menyatukan kembali keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi. Dari situ kita boleh menyusun program untuk tautkan kembali silaturrahim. Saya dari jalur Syarif Muhammad Al-Baghdadi - Abdullah

    ReplyDelete