Kerap kali kehadiran orang-orang tua yang tidak dikenali dalam mimpi ku membuatkan aku terfikir siapa mereka. Pertemuan berlaku dalam sebuah masjid yang aku sendiri tidak ketahui dimana masjid itu berada. Sayup kedengaran bunyi bacaan quran dalam masjid tersebut dan senyuman mereka membuatkan aku terpegun. Siapa mereka? Dalam hati kecil ku mungkinkah mereka nenek moyang ku yang terdahulu?
Teringat semasa kecil, ayah sering memberitahu kami adik beradik. Kita ini berasal dari keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi. Kata ayah dia seorang pendakwah dari Baghdad, Iraq. Sekarang, bila aku sendiri mempunyai anak-anak, sering aku memberitahu sebagaimana yang ayah memberitahu aku dulu.
Tiba-tiba hati kecil aku terdetik untuk menulis sesuatu yang boleh menjadi ingatan pada anak-anak ku, bakal cucu dan cicit ku. Syukur Alhamdullillah akhirnya sempena Maal Hijrah 1432, aku rasa aku sudah bersedia untuk menulis sejarah warisan nenek moyang ku Syarif Muhammad Al-Baghdadi dari penceritaan keluarga dan juga beberapa rujukan bahan bercetak dan media siber yang banyak menceritakan kesah mereka.
Setiap kali meziarahi makam Syeikh Abdul Malik ( Tok Pulau Manis), cucunya Lebai Isa serta ahli keluarga dari keturunannya membuatkan hati aku bergetar, terpaku dan air mata berlinangan. Terasa ingin aku berada di zaman mereka 300 atau 400 tahun lalu. Bukti makam mereka yang kami sentiasa kunjungi dan juga salasilah keluarga yang sentiasa dijaga oleh keturunan lelaki dari keluarga kami, menyebabkan kami amat bersyukur kepada Allah kerana dapat memelihara warisan Syarif Muhammad Al-Baghdadi yang telah tiba di Terengganu pada pertengahan abad ke 15 hingga sekarang.
Syukur Alhamdulllah.
Kuala Terengganu.
6 Muharram 1432/ 12 Disember 2010
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya berasal dari kampung tasik tapi x tau sama ada ada hubungan susur galur dgn tuk pulau manis atau pun tidak.Kalu tak salah saya datuk saya sepupu/dua pupu dgn tuan guru che embong yang merupakan menantu kpd Tuan Muhammad Qadhi yang juga berada dalam maqam bersama2 dengan lebai Isa dan Lebai Musa di Kg. Tasik. Saya berhasrat untuk melihat silsilah yang ada pada puan Muslimah. Macam mana cara utk menghubungi puan? wassalam
send emel saudara kalau nak dapatkan silsilah sehingga 6 keturunan cucu-cicit Tok Ku Pulau Manis.Tasik mmg antara lokasi anak cucunya.abuafnan13@gmail.com
Deletesend emel saudara kalau nak dapatkan silsilah sehingga 6 keturunan cucu-cicit Tok Ku Pulau Manis.Tasik mmg antara lokasi anak cucunya.abuafnan13@gmail.com
Deletezarinabtsalleh@gmail.com
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBenarkah Tok Ayah berasal dari Baghdad. Ataupun berlaku sebaliknya. Benarkah abad 15 dia datang ke Terengganu? Klau mngikut thun dri sumber yg dipastikn. Tahun kelahirannya 1253 - 1357M. Dilahirkn di TDI. Mmg Ahlulbait.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya berasal dan tggal di Kg Pulau Manis Serada.Difahamkan bahawa ayah saya adalah generasi ke 8 Tokku Pulau Manis dr keturunan putera Tokku yg bernama Sheikh Bahadrudin. Wallahu'alam
Saya ada dapat satu catatan lama dari seorang keturunan Tok Ku Pulai Manis.Dlm catatan ada tertulis hingga 6 generasi.Oleh kerana Kak Nit tinggal di Pulau Manis,mungkin boleh tolong saya dapatkan maklumat ni.Penghulu Mat bin Daud yg merupakan penghulu pulau manis masa bah merah cucu siapa?Daud ayah penghulu Mat tu anak siapa?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteDaud tu anak kpd badaruddin. Jd tok mulu mat tu cicit kpd tok ku pulau manis.
ReplyDeleteDaripada Daud pula adalah susur galur sebelah datuk saya iaitu Embung bin Ismail bin Mohd Zain bin Abdul Kadir bin Musa bin Sulaiman bin Daud. Daud merupakan anak sulung Badaruddin. Daud dan Isa adalah adik beradik
ReplyDeleteDaripada Daud pula adalah susur galur sebelah datuk saya iaitu Embung bin Ismail bin Mohd Zain bin Abdul Kadir bin Musa bin Sulaiman bin Daud. Daud merupakan anak sulung Badaruddin. Daud dan Isa adalah adik beradik
ReplyDeleteSalam Puan, boleh tahu masih ada lagi kah pengajian yang diteruskan oleh keturunan Syeikh Muhamad Al Baghdadi? Kalau ada dimana dan bagaimana hendak dihubungi?
ReplyDeleteAmir
Wasalam. Secara berpusat tidak ada. Masing2 begerak secara individu
ReplyDeleteWasalam. Secara berpusat tidak ada. Masing2 begerak secara individu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam puan.. puan orang pulau manis ke? sy asal pulau manis.. macam mana sy nk berhubung dgn puan..?
ReplyDeleteassalamualaikum..boleh bg panduan x mcmna nk ke makam tersebut..makam sheikh syariff muhammad al baghdadi
ReplyDeleteassalamualaikum..boleh bg panduan x mcmna nk ke makam tersebut..makam sheikh syariff muhammad al baghdadi
ReplyDeleteMakam syarif muhamad al baghdadi terletak di besebarang sungai di kg jenagor kuala berang
ReplyDeleteMakam syarif muhamad al baghdadi terletak di besebarang sungai di kg jenagor kuala berang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePertalian tu masih dekat. Cuma yang Syeikh Muhammad itu adakah Qadi Muhammad?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePn Muslimah Mahmood.
ReplyDeleteEmbong Bin Ismail ni Tuan Guru Pondok Haji Embong Padang Midin? Rasanya Tuan Guru pernah berkahwin kali kedua denga tok saya Hajah Wook Bin Umar dari Beladau Kolam.
Boleh emailkan kat saya salasilah tak? Saya pun keturunan Haji Kadir Bin Haji Musa melalui anaknya Aishah. Ramai keluarga Haji Kadir di Beladau Kolam sebab Haji Kadir tu tinggal di Beladau Kolam.
email saya zulkarnain.endut@gmail.com
In shaa Allah nanti saya emel. Memang betul arwah tokki pernah berkahwin dengan Hajjah Wook. Saya pun masih ingat dengan arwah Hajjah Wook.
ReplyDeleteTerima kasih Pn Muslimah Mahmood
ReplyDeletePuan muslimah, saya berminat nak tahu salasilah tokbpulau manis dan syarif baghdadi. Blh xemelkan saya juga..
ReplyDeleteabdulwahabmdali@yahoo.com
Jika tak keberatan boleh saya dapatkan salasilah keturunan kebawah, tok pulau manis.
ReplyDeleteazaharazak@gmail.com
Salam Puan, sye berminat nak tahu keturunan nasab Tok Pulau Manis. Keluarga sye disebelah ibu berasal dari keturunan Tok Pulau Manis tapi keturunan kami sudah berpindah dan menetap di Perak. Sye ingat lagi waktu arwah nenek sye meninggal keluarga disebelah Terengganu turun Perak dan waktu itu baru kami cucu cicit mengetahui asal keturunan disebelah moyang perempuan. Ini email saya Puan, shamimisheffol@gmail.com.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t,
ReplyDeleteSy berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang salasilah keturunan Tokku Pulau Manis, kalau tak keberatan boleh sy dapatkan salasilah tersebut? Ini email sy , amirville@yahoo.com
Terima kasih banyak2
Family saya ada salasilah sebelah anak tokku pulau manis yg bernama Badrudin.. Nama anak2 saya pun ada dalam salasilah tu sekarang.. Alhamdulillah.. Mmg panjang salasilahnya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum puan.. kalau tak keberatan boleh share dengan sy salasilah tersebut.. terima kasih
DeleteAssalamualaikum puan...saya pun kalau boleh nak juga salasilah tu...terima kasih
ReplyDelete